Namoo Grey

Assalamualaikum.
Hari ini nak share makan-makan lagi dekat Namoo Grey di Seremban Gateway. Seremban Gateway ni baru buka lagi so memang bau kedai je semua. Ok, hari tu cadang nak keluar dengan #WOLO (group kamcing kaw kaw sekolah dulu)  tapi tak dapat kumpul semua pun ada la 2 ketul je berjaya memunculkan diri. Kami ada 6 orang, 2 lelaki dan 4 perempuan la kan dan aku berkesempatan jumpa Atiqah dengan Nana je huhu sedeyh ya amat nasib baik dorang ni jadi keluar.

Ok, parents aku hantar sampai depan Seremban Gateway sebab tak kasi naik bus kat terminal. Sebabnya, baru-baru ni, kawan aku pernah kena pukau dengan stranger rm100 dekat situ. Actually, bukan kat situ la tapi nak otw nak ke terminal sebab ktm seremban ni ada satu lorong bawah tanah (read: tapi gelap) nak ke terminal sebagai jalan pintas so, tak perlu berlari-lari anak ketika melintas ke sana.



Namoo Grey Korean Fresh Food @ Seremban Gateway

Sampai je depan Seremban Gateway tu terus mata melilau cari Namoo Grey. Ni first time dengar nama kedai ni. So, ilmu baharu untuk tahun 2017 ni! Kenapa nak makan Namoo Grey? Atiqah yang suggestkan tempat ni sebab makanan ala-ala korea gituu so boleh la fefeling descendants of the sun mcm tu a. Memang excited la jumpa dorang ni. Atiqah &Nana still maintain je badan dan makin lawa la sumpah tak iolss tak tipu.


Mahhh baes!!

First impression untuk Namoo Grey macam boleh la, standard je cuma ada hiasan kpop-kpop sikit. Pastu ada video tarian kpop mcm dekat Yubiso kot tak silap gitu. Harga makanan agak mahal jugak untuk dibandingkan dengan Myeondong Toppoki, DuBuYo , Sopoong cam tu. Tapi portion dia banyak! Aku & Nana pun tak habis makan Tapi paling penting Bingsoo dia murah la dibandingkan dengan Sopoong dan Hanbing. Aku tak ingat la order apa sebab dah lama sangat! But hopefully, gambar-gambar dapat membantu!



Kiri, Nana punya tapi harga RM25+ dan kanan aku punya harga RM27+


Atiqah punya belas belas sahaja tapi tak pasti berapa belas, belasah jela oi!!!

Terliurrrrrr fuh mantop! Walaupun perut dah kembung macam 4 bulan, kami gagahkan menikmati juadah enak ini! *lap air mata*

Lepas settle makan tu, kami pergi Palm Mall pula nak beli barang sikit hihi. Oh ya total untuk semua makanan kami termasuk tax+service charge, RM103 macam tu. Hm, berlaku pembaziran disitu tapi tak apa la sebab jarang jumpa mereka ni. Niat nak belanja je mereka ni tapi bila tengok harga luls tersentak disitu.....so aku belanja mereka Tealive! 


Tealive @ Seremban Gateway

Alright, sampai situ je bye luls.




visitor(s)