KyoChon Day!

Assalamualaikum.
So haritu aku dengan roommates ; Syamie & Kak Noris pergi ke KyoChon 1991 dekat Sunway Pyramid. Kenapa Sunway? Sebabnya haritu Syamie pernah try makan dekat One Utama tapi pedas gila sampai zuuuup naik ke atas. Bersempena untuk menyambut hari kelahiran Syamie tersayang, kami pun penuhi hajatnya untuk ke KyoChon hikhik. Memang aku pun dah lama nak try dan Syamie pun dah bercadang nak pergi weekend dengan classmates dia tapi aku penat kerah idea suruh jangan pergi sebab konon nak buat birthday surprise la gitu kat sana.

Birthday syamie jatuh pada hari Ahad dan paling menyedihkan minggu tu tengah exam. So aku dgn kak Noris puas la fikir nak buat apa ni nak belajar ke makan ke nak sambut dalam bilik je. Tup tup, hari jumaat tu terdetik nak tanya Syamie hari Ahad free ke tak. Then, Syamie kata dia keluar dengan kakak dia. Apalagi, aku terus bertindak macam super saiyan masa tu call kak Noris. Dah tu, petang jumaat jugak pergi Sunway sebab itu je waktu free yang ada. Walaupun aku mcm tak sihat sangat tapi demi syamie tercintaaaa ku gagahkan diri untukmuu gituuu~


Kak Noris dan birthday girl (Syamie)

Disebabkan syamie dah mahir bab-bab mengorder ni, kami hanya suruh dia je tunjuk bakat dia mengorder. So, kami pun bersetuju sebulat suara order red pepper half chicken (rm29), sides ; steamed rice 2x (rm4 each), kimchi fried rice (rm13), drinks ; iced lemon tea 2x (rm7 each) and mango chamomile (rm7). Aku bengang jugak sebenarnya sebab ingatkan mango chamomile ni macam sedap la kan sbb nama dia memang tak boleh bawak bincang. Rupa-rupanya, air heaven & earth (tin) dgn iced kosong je ye semua. Haaa, apa lagi nangis dalam hati je la T-T huhu

Tadaaaaa letop letop sedapnya!

Tengok gambar balik terasa nak rasa lagi pulak dahhh.

Haaa siap rebut-rebut lagi tau

Before makanan sampai, aku dengan kak Noris pergi la cari kek untuk Syamie dekat Secret Recipe. Jauh juga SR dengan KyoChon ni rasa macam atlet jalan laju dah tercari-cari. Dahla kitorang pakai jubah konon nak kenakan Syamie sebab dia je rileks pakai t-shirt tapi Syamie macam dapat agak je. Hm, apa-apa je la haih asalkan aku makan ayam. Okay lepastu ingatkan nak nyanyi la dalam KyoChon tapi segan pula sebab ramai sangat orang :( Takpe syamie tahun depan kita conquer 4Fingers pulak hihi.

Kitorang beli 2 pcs je Indulgence & White Chocolate Macadamia.

Total makanan semua rm70+ tapi ok la jugak sebab ayam sedap hehe. Lagipun aku tak makan pedas sangat so berbaloi perut, anak tekak, air mata semua. Kalau nak pedas bakhang pergi la One Utama punya ok? Lepastu kitorang jalan-jalan Sunway dan HA!!! jumpa ada satu event ni memang mengancam jiwa dan raga.

VR. Memang nak try benda ni walaupun pakai jubah tapi sebab fikir peluang tu hanya datang sekali jadi apa dosanya ya rakan-rakan.

Main pukul gendang gendut tali kecapi gitu 

Lepastu pergi masuk Jusco beli barang keperluan semua dan singgah kejap dekat Pantai Dalam makan tomyam untuk dinner. Kenapa tomyam? sebab syamie nak makan tomyam so kita ikut je ye permintaan birthday girl. Apa-apa pun, walaupun sambut birthday je tapi ni first time kitorang keluar sama-sama bertiga. Biasanya aku dengan syamie je keluar berdua sebab kak Noris selalu ada hal lain. Hm, sedih juga sebenarnya sebab lepas ni kitorang dah satu bilik dah sebab masing-masing nak pindah blok asrama lain. 

To Kak Noris, thank you for being such a good sister dalam bilik. Minta maaf if ada buat salah silap lagi-lagi selalu buka lagu kuat-kuat dalam bilik setiap pagi dan malam (astaghfirullahalazim) haha. Kalau rindu, tekan je button lif ok? Harap kak noris baca la hihi. Kite harap akak sentiasa happy dengan bilik yang baru. InsyaAllah, ada jodoh kita share kisah sedih gembira kita lagi macam hari tu.






Tiada ulasan:

visitor(s)